Matlamat & Objektif

1.0       PENDAHULUAN
‘NA Graded Trio Bowling League Season #1 ini hanya terhad untuk 22 pasukan dimana setiap 1 pasukan terdiri dari 6 pemain minimum & 9 pemain maksimum yang telah di daftarkan. Liga boling ini di adakan pada setiap hari Khamis bermula 14 Mac 2019, Jam 9.00 malam. NA Graded Trio Bowling League Season #1 ini di adakan di Megalanes, Endah Parade, Taman Sri Endah, Kuala Lumpur. Jika terdapat perubahan atau pertukaran masa liga akan dimaklumkan seminggu sebelum permainan bermula di atas sebab-sebab tertentu.

2.0       OBJEKTIF LIGA
‘NA Graded Trio Bowling League Season #1 ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan dari semua pemain bowling sebagai satu aktiviti mingguan serta mengeratkan sillaturahim. Disamping itu, ia dapat mendorong penganjur mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Dengan harapan dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan prestasi, skil dan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

Selain itu juga, ianya juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti boling dan menentukan kejohanan pasukan bermusim. Ianya juga bertujuan memupuk dan mengekalkan semangat persaudaraan sillaturahim yang baik dan kesukanan dalam berpasukan yang mengambil bahagian.

3.0       BUTIRAN ‘NA GRADED TRiO BOWLING LEAGUE SEASON #1
Tempat           : Megalanes, Endah Parade, Taman Sri Endah, Kuala Lumpur
Masa               : 9.00 malam - 11.00 malam
Minggu           : 21 minggu @ 1 pusingan
Pasukan          : 22 pasukan/ 6 pemain setiap pasukan (minimum)
Yuran              : RM75.00/ pasukan
Format              : 10 pin

4.0       KELAYAKAN
Setiap pasukan dicadangkan mempunyai seramai 8 orang pemain sahaja. Setiap pasukan diwajibkan melantik seorang daripada ahli pasukan untuk menjadi ketua pasukan. Syarat dan kelayakan pemain untuk bermain di dalam liga ini adalah terbuka kecuali bekas pemain SUKMA tidak dibenarkan

5.0       JAWATANKUASA/ URUS SETIA LIGA
Pengurusan dalam liga ini hanya diberi kuasa pada urus setia Liga dan ketua pasukan. Setiap ahli ketua pasukan berhak dan berkuasa atas keputusan yang telah ditetapkan dalam liga.

Urus setia/ penganjur berhak menentukan kelayakan seseorang pemain berdasarkan kejohanan yang telah di adakan dari mana-mana pusat boling setempat.

6.0       KETUA PASUKAN, TANGGUNGJAWAB DAN TUGASAN
Ketua pasukan bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang kejadian yang berlaku pada malam liga tersebut. Ketua pasukan yang telah dilantik oleh ahlinya hendaklah menyampaikan sebagai wakil dalam pasukan kepada penganjur/ Urus Setia yang terlibat.

7.0       YURAN LIGA
Sekuriti Deposit                       : RM75.00
Trophy Fund                            : RM300.00
Fi setiap minggu                     : RM75.00
Tarikh tutup ‘Trophy Fund’     : 10 minggu selepas liga bermula

8.0       UNIFORM LIGA
Setiap kumpulan bebas untuk memakai pakaian uniform rekaan sendiri dan tidak menjolok mata

9.0       KELEWATAN DALAM LIGA
Liga ini akan bermula pada jam 9.00 malam dengan diberi latihan percuma selama 5 minit. Penganjur akan membuat pengumuman pada jam 9.10 malam untuk memastikan bahawa permainan harus bermula pada masa itu. Mana-mana pemain yang datang selepas pengumuman pada jam 9.30 malam akan di ‘blind score’ untuk frame pertama. Sekiranya ada pasukan tidak dapat memulakan permainan pertama disebabkan oleh kelewatan ahli pasukan atau atas jua sebab tertentu atau kecemasan, setelah bermulanya balingan atau roll off oleh pasukan lawan, maka pasukan itu dikira "blind score" sebanyak 120 mata sahaja.

10.0     SENARAI PEMAIN
Senarai nama hanya terhad kepada tiga (3) pemain sahaja dalam pasukan. Setiap pemain akan bermain sebanyak 3 set perlawanan. Sekiranya salah seorang daripada pemain tidak hadir, maka kedudukan “blind score” akan diberikan kepada nama pemain tersebut. Markah maksimum bagi pemain “blind score” adalah 120 mata. Penangguhan permainan disebabkan pemain lewat hadir adalah mengikut budi bicara pasukan lawan.

11.0     HILANG UPAYA, KECEDERAAN ATAU KECEMASAN
Sekiranya salah seorang daripada pemain dalam sesuatu pasukan tidak dapat menghabiskan permainan atas sebab hilang upaya, kecederaan atau hal kecemasan yang menghendakinya memberhentikan perlawanannya,  pemain tersebut dibenarkan untuk meninggalkan sesi permainan dan jumlah jatuhan pin yang dipungut adalah berdasarkan setakat mana permainan itu diakhiri olehnya dan dicampur dengan jumlah pungutan mata jatuhan pin daripada ahli lain dalam pasukannya ketika itu sahaja.

12.0     PENANGGUHAN
12.1 Liga
Sekiranya terdapat sebarang penangguhan Liga di atas sebab-sebab tertentu (tidak seperti yang dijadualkan), pihak penganjur  akan memaklumkan kepada semua ketua pasukan tarikh penggantian masa liga dalam masa yang terdekat.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi penganjur melalui email tournament@myideakini.com atau sms / whatssapp di no 017-2041096 (NKA) & 012-2383834 (AZRIZAL)

12.3 ‘Pre-bowl’
Pasukan yang ingin membuat ‘pre-bowl’ perlulah memaklumkan segera kepada pihak penganjur  dan juga kepada pasukan lawan sebelum hari liga bermula.

12.4 ‘Post-bowl’
Pasukan yang ingin membuat ‘postbowl’ perlulah memaklumkan kepada penganjur dan juga pasukan lawan selewat-lewatnya jam 12.00 pm pada hari liga. Jika gagal membuat makluman pada masa yang ditetapkan, mata kemenangan maksimum (16-0) akan diberikan kepada pasukan lawan secara percuma. Pasukan yang ketinggalan permainan ketika liga tersebut hanya dibenarkan untuk bermain bagi mendapatkan pungutan jatuhan pin sahaja untuk dicampurkan ke dalam pungutan keseluruhan dan pungutan mata Peterson Point. Permainan “post-bowl” hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum liga minggu berikutnya bermula.

13.0     PERMARKAHAN
14.1     Kiraan mata di buat melalui ‘SATU LAWAN SATU’ dimana pemain pertama akan 
            menentang pasukan lawan pemain yang pertama dan seterusnya.

14.2  Skor adalah berasaskan ‘SATU LAWAN SATU’ dimana pemain pertama akan menentang pasukan lawan pemain yang pertama dimana jumlah pin + HDCP dan kumpulan tertinggi dianggap menang dan akan menerima 1 mata.

14.3     Masa balingan akan diberikan secara PERCUMA selama 10 minit. Selepas latihan 
            PERCUMA 10 minit ini tamat, permainan akan dimulakan.

14.5   Mata ‘handicaped’ yang telah ditetapkan oleh penganjur mengikut kategori jantina adalah seperti berikut berdasarkan “cut off” pada purata 175 di anggap 0 ‘handicaped’. Jumlah pengiraan ‘handicaped’ adalah seperti berikut:
           
                                                175 - Skor Jatuhan Pin x 2
                                                                 3
LELAKI             : 20
WANITA           : 30


14.6    Keputusan “Liga Trio Graded NA Endah Parade “ setiap minggu akan dipaparkan pada papan bulletin pusat boling atau Bowling Komuniti WhatsApp Musim #1 untuk rujukan setiap pasukan. Penganjur berhak mengubah/ membatalkan keputusan Liga sekiranya terdapat berlakunya kerosakan sistem scoreboard pusat boling. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

14.0     HADIAH
Senarai hadiah akan dipaparkan di papan notis pusat bowling dan akan diumumkan dalam tempoh TUJUH (7) MINGGU dari permulaan liga. Untuk kelayakan hadiah, pemain perlulah menghabiskan liga yang telah ditetapkan oleh penganjur. Jika sekiranya pemenang seri, pemenang akan di kira melalui jumlah kekerapan purata pin dan akan layak menerima hadiah dari penaja. Tiada pasukan atau individu layak untuk kategori hadiah sama ada skor yang tinggi atau permainan yang tinggi. Satu pasukan atau pemain yang layak untuk kedua-dua kategori akan menerima hadiah melalui jumlah mata tertinggi.

Senarai hadiah untuk pemenang berpasukan dan individu akan diumumkan pada sesi /minggu ke-2 Liga Bowling Komuniti WhatsApp Musim #1. Pemenang adalah berdasarkan mata terkumpul (Peterson point) dan skor pin tertinggi. Berikut adalah hadiah untuk:

11.1     BERPASUKAN SKOR MATA DAN PIN TERKUMPUL (PETERSON POINT): 
            JUARA
            NAIK JUARA
            TEMPAT KE-3
            TEMPAT KE-4
            TEMPAT KE-5
            TEMPAT KE-6
            TEMPAT KE-7
            TEMPAT KE-8 - 12
            TEMPAT KE-13 - 22
                                                                                                           
11.2     PEMENANG UNTUK INDIVIDU HI-SERIES SKOR MATA & PIN + HDCP/  
            MINGGUAN

11.3     PEMENANG UNTUK KUMPULAN HI-SERIES SKOR MATA & PIN +                          HDCP/ MINGGUAN

11.4     PEMENANG UNTUK INDIVIDU HI SKOR MATA TERTINGGI (GAMES) + 
            HDCP/ MINGGUAN

11.5     PEMENANG UNTUK BERKUMPULAN HI SKOR MATA TERTINGGI 
            (GAMES) + HDCP/ MINGGUAN

11.6     JACKPOT

 15.0     PENUTUP
“Liga Trio Graded NA Endah Parade ini adalah bagi memenuhi aktiviti mingguan. Dengan adanya aktiviti liga ini dapat di laksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang serta mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak pengurusan Mega Lanes Bowling Center, Endah Parade, Bandar Sri Petaling, Taman Sri Endah, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh urusetia, peserta mahupun pihak pengurusan Mega Lanes Bowling Center didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

COMMENTS

Name

average,1,BBL,20,beginner bowler,10,beginner bowling league,8,beginners,9,bowlers,3,bowling,1,endah parade,1,event,1,graded,1,hari raya aidiladha,1,hi-games,1,hi-score,1,keputusan liga,2,keputusan rasmi liga,16,launched,1,liga trio,1,minggu #1,2,minggu #10 pusingan 2,1,minggu #11 pusingan 2,1,minggu #12 pusingan 2,1,minggu #13 pusingan 2,1,minggu #14 pusingan 2,1,minggu #15 pusingan 2,1,minggu #16 pusingan 2,2,minggu #18 pusingan 2,1,minggu #2,2,minggu #3,2,minggu #4,2,minggu #5,2,minggu #6,2,minggu #7,2,minggu #8,1,minggu #9,1,monterez,2,monterez trio beginners bowling league,10,ole ole,2,one day event,1,pasukan,2,perasmian,1,photo,6,reference,1,rujukan,1,schedule,1,score average,1,season #1,1,table,1,team,2,timetable,1,tournament,1,trio,2,ucapan,1,week #1,2,week #10 round 2,1,week #11 round 2,1,week #12 round 2,1,week #13 round 2,1,week #14 round 2,1,week #15 round 2,1,week #16 round 2,1,week #17 round 2,1,week #18 round 2,1,week #2,2,week #3,2,week #4,2,week #5,2,week #6,2,week #7,2,week #8,1,week #9,1,
ltr
static_page
NA Graded Trio League: Matlamat & Objektif
Matlamat & Objektif
Matlamat & Objektif
NA Graded Trio League
https://triobowlingleague.blogspot.com/p/matlamat-objektif.html
https://triobowlingleague.blogspot.com/
https://triobowlingleague.blogspot.com/
https://triobowlingleague.blogspot.com/p/matlamat-objektif.html
true
8646253835430054011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy